MAHU RM500 SEHARI MASYUKKK KE DALAM AKAUN BANK ANDA? JANA PENDAPATAN TAMBAHAN MENERUSI http://www.klikjutawan.com/recommends/riezerjaya
Powered by MaxBlogPress  
04 Feb

VTEC

VTEC adalah kependekan bagi Variable Valve Timing and lift Electronic Control (Pemasaan dan bukaan Injap Boleh Laras Kawalan Elektronik). VTEC adalah sistem pamasaan injap boleh laras yang diperkenalkan oleh Honda bagi meningkatkan kecekapan volumetrik enjin, dan sistem VTEC adalah sistem pemasaan injap boleh laras komersial pertama digunakan dalam industri automotif. Sistem VTEC dicipta oleh jurutera R&D Honda, Ikuo Kajitani.

Dalam sesebuah enjin, saiz sesondol bukan sahaja menentukan bukaan injap, malah turut menentukan pemasaan dan tempoh masukan / keluaran. Apabila kelajuan enjin semakin meningkat, tempoh masukan campuran udara-bahan api serta tempoh keluaran gas ekzos menjadi semakin terhad. Walaubagimanapun, saiz bukaan injap yang tetap menghalang lebih banyak campuran udara-bahan api untuk masuk ketika kelajuan tinggi, sekaligus mengehadkan kuasa maksimum enjin. Oleh itu, sistem pemasaan injap boleh laras dicipta bagi membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk ke dalam kebuk pembakaran semasa kelajuan enjin tinggi, seterusnya meningkatkan kuasa enjin.

Jenis-jenis VTEC

VTEC konvensional (SOHC dan DOHC)

VTEC-E

VTEC 3 Peringkat

i-VTEC

VTEC pada motosikal

VTEC Konvensional(SOHC dan DOHC)

Sistem VTEC yang paling asas ialah DOHC VTEC. Di dalam sistem ini, sistem VTEC mengawal pemasaan dan bukaan bagi kedua-dua injap masukan dan injap ekzos. Setiap aci sesondol mempunyai 2 sesondol bagi setiap silinder - sesondol bukaan kecil dan sesondol bukaan besar. Semasa kelajuan rendah, sesondol bukaan kecil digunakan secara lalai bagi penjimatan minyak. Semasa kelajuan tinggi, solenoid elektronik membuka laluan minyak ke pin pengunci sesondol bukaan besar dan tekanan minyak mengunci pin sesondol bukaan besar. Akibatnya, sesondol bukaan besar digunakan untuk kuasa maksimum. Apabila kelajuan enjin kembali menurun, solenoid tersebut dimatikan dan pin pengunci dilepaskan, menyebabkan sesondol bukaan kecil digunakan kembali.

Bagi SOHC VTEC, mekanisme yang digunakan adalah sama tetapi aci sesondol tunggal tersebut hanya boleh mengawal pemasaan dan bukaan injap masukan sahaja.

VTEC-E

VTEC-E berfungsi dengan cara yang berbeza; jika VTEC konvensional digunakan untuk meningkatkan kuasa enjin, VTEC-E pula direka bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Di dalam sistem VTEC-E, hanya satu sahaja injap masukan yang dibuka secara lalai pada kelajuan rendah bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Pada kelajuan tinggi, tekanan minyak menolak pin mengunci yang mengunci injap masukan kedua, membolehkan kedua-dua injap masukan digunakan.

VTEC 3 Peringkat

VTEC 3 Peringkat menggabungkan kedua-dua teknologi VTEC-E dan VTEC konvensional. Pada kelajuan rendah, hanya 1 injap masukan sahaja dibuka secara lalai. Pin pengunci pertama mengunci injap masukan kedua semasa kelajuan enjin sederhana manakala pin pengunci kedua digerakkan untuk membolehkan sesondol bukaan besar digunakan pada kelajuan tinggi. Dengan ini, enjin yang menggunakan VTEC 3 Peringkat dapat memanfaatkan kedua-dua penjimatan minyak dan peningkatan kuasa enjin.

i-VTEC

i-VTEC menggabungkan teknologi pemfasaan sesondol yang digunakan oleh sistem pemasaan injap boleh laras yang lain dengan teknologi VTEC sedia ada bagi mengurangkan “kejutan kuasa” semasa mekanisme VTEC berfungsi.

VTEC pada motosikal

Selain pada enjin kereta, Honda turut menggunakan teknologi VTEC pada beberapa model motosikalnya. Ia mula digunakan pada motosikal Honda CBR400F Super Four HYPER VTEC, dan seterusnya pada motosikal Honda VFR800.

####KAMI DI AMIRULCYBER/KERETA MEMBUAT IKLAN JUAL BARANG KERETA SECARA PERCUMA DI AMIRULCYBER.COM/IKLANKERETA DISITE INI,SESIAPA YANG INGIN MENGIKLANKAN BARANG KERETA SERTA MENJUAL KERETA SILA KE LINK KERETA DAN KLIK PADA IKLAN BRG KERETA…PERCUMA…#####

06 May

Engine Campro

Proton telah mengeluarkan engine pertamanya yang dikenali dengan nama campro dengan usahasama lotus.Nama campro adalah singkatan bagi cam profile(profil sesondol).Kereta proton yang pertama menggunakan engine campro ini adalah Proton Gen-2 dengan diikuti oleh model-model proton yang lain seperti satria neo,waja dan persona.Engine ini dicipta untuk membuktikan kemampuan proton dalam pembangunan engine kereta yang berkuasa dan menepati piawaian emisi yang ketat.

Terdapat 3 jenis engine Dohc campro yang telah diperkenalkan dan digunakan iaitu

- Dohc asas

* Dohc campro S4PH(1.6L)

* Dohc Campro S4PE(1.3L)

- Engine Campro CPS dan VIM

- Engine Campro IAFM

Engine Campro Asas

Engine jenis ini dikeluarkan dalam 2 keluaran iaitu berlainan sesaran.S4PH untuk sesaran 1600cc manakala S4PE untuk sesaran 1300cc.Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2. Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.

S4PH

  • Kuasa kuda maksimum: 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
  • Kilasan maksimum: 148 N-m @ 4,000 rpm
  • Lubang x lejang: 76 x 88 mm
  • Sesaran enjin: 1598 cc

S4PE

  • Kuasa kuda maksimum: 94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm
  • Kilasan maksimum: 120 N-m @ 4,000 rpm
  • Lubang x lejang: 76 x 73.4 mm
  • Sesaran enjin: 1332 cc

Enjin Campro CPS dan VIM

Sebagai tambahan kepada enjin DOHC asas sedia ada, Proton juga sedang membangunkan enjin CPS (Penukaran Profil Sesondol) dan VIM (Rongga masukan boleh laras). Teknologi CPS adalah teknologi pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan serupa dengan teknoloi VTEC oleh Honda dan VVTi oleh Toyota. Enjin Campro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 127 kuasa kuda pada 6,500 rpm serta meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm. Enjin Campro CPS hanya akan mula digunakan bermula dengan model Proton Gen-2 dan Proton Waja tahun 2008.Pada asalnya sepatut di keluarkan pada tahun 2005.Ditangguhkan

Kedua-dua teknologi CPS dan VIM saling bergandingan dan berfungsi dalam 3 mod berbeza seperti berikut:-

  1. Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Sesondol rendah digunakan dan udara masuk melalui rongga masukan panjang untuk percampuran udara-bahan api yang lebih baik, seterusnya menjimatkan bahan api serta menghapuskan junaman kilasan pada rpm rendah.
  2. Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil sesondol dari sesondol rendah ke sesondol tinggi, membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk dengan lebih lawas, sekaligus menyumbang kepada kuasa maksimum yang lebih tinggi.
  3. Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada rongga masukan pendek dan lurus.

Selain enjin 1.6L, enjin Campro CPS juga terdapat dalam versi 1.8L, tetapi setakat 30 April 2008 ia masih belum digunakan pada mana-mana model kereta Proton sebaliknya membuat penampilan sulungnya di dalam sebuah hoverkraf buatan Malaysia.

Enjin Campro IAFM

<!–[if !vml]–><!–[endif]–>

<!–[if !vml]–><!–[endif]–>

Enjin Campro 1.3L IAFM yang dipasang pada Proton Saga generasi kedua.

Enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-

  1. IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
  2. IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.

Enjin Campro IAFM digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani.

Versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line dan Proton Persona mulai tahun 2008.

Enjin Campro hibrid

Proton dan Lotus telah memperkenalkan model prototaip kereta Proton Gen-2 yang menggunakan enjin Campro hibrid semasa Pertunjukan Kereta Geneva 2007. Sistem enjin hibrid tersebut dikenali sebagai EVE (Cekap, Berdaya Saing, Mesra Alam). Ia menggunakan enjin S4PH sedia ada dan digandingkan dengan motor elektrik 144 V, 30 kW. untuk membolehkan sistem tersebut digunakan pada semua model sedia ada Proton tanpa perlu membangunkan platform baru yang berasingan bagi model kereta hibrid.

Data teknikal sistem hibrid tersebut adalah seperti berikut:-

  • Kuasa kuda maksimum (enjin sahaja): 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
  • Kilasan maksimum (enjin sahaja): 148 N-m @ 4,000 rpm
  • Kuasa kuda maksimum (gabungan): 141 bhp (105 kw) @ 5,500 rpm
  • Kilasan maksimum (gabungan): 233 N-m @ 1,500 rpm (dihadkan ke 180 N-m berterusan)

Enjin Campro turbo

Pada 13 Disember 2008, Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin telah membuat pendedahan bahawa Proton sedang membangunkan versi turbo bagi enjin Campro 1.6 L yang mungkin bakal diperkenalkan sekitar tahun 2010-2011. Enjin ini dibangunkan sebagai tindak balas kepada trend pasaran baru di mana enjin bersesaran kecil dipasang sistem pernafasan paksaan bagi menghasilkan keluaran kuasa yang setara dengan enjin yang lebih besar, satu konsep yang serupa dengan teknologi pengecas berkembar TSI pada kereta Volksawagen Golf Mk5. Tiada butiran sama ada enjin tersebut bakal dilengkapi dengan sistem pemasaan injap boleh laras CPS atau tidak, tetapi keluaran kuasa dianggarkan sekitar 150 bhp serta kilasan 240 N-m.

Perancangan masa hadapan

Kini Proton sedang merancang untuk membangunkan enjin bersesaran lebih tinggi (1.8L dan 2.0L) sebagai pelengkap kepada enjin Campro 1.3L dan 1.6L sedia ada serta sedang berbincang dengan beberapa pihak luar bagi membantu pembangunan enjin. Di samping itu, Proton turut merancang untuk menghasilkan versi diesel bagi enjin Campro.

####KAMI DI AMIRULCYBER/KERETA MEMBUAT IKLAN JUAL BARANG KERETA SECARA PERCUMA DI AMIRULCYBER.COM/IKLANKERETA DISITE INI,SESIAPA YANG INGIN MENGIKLANKAN BARANG KERETA SERTA MENJUAL KERETA SILA KE LINK KERETA DAN KLIK PADA IKLAN BRG KERETA…PERCUMA…#####

06 Mar

toyota innova untuk dijual

hai semua sape berminat nak beli kereta innova tahun 2007 2.0g automatik .full aksesori,sport rim 19 inci,ada tv,brek abs,air bag .sape berminat boleh call saya 0126697087/ayli

25 Feb

perdana v6 alfa untuk dijual

zack
ismitjutawan@yahoo.com

Salam, saya ader sebuah kereta Perdana V6 Executive dah convert alfa nak jual..
kereta tahun 2000.engine original V6…
Seat belakang memang executive sebab untuk 2 penumpang sahaja.Aircond dah tukar digital aircond..Belakang ader TV monitor..Player CD,VCD,MP3…brand Kenwood.Absober dah tukar baru…(masa iklan ni kuar belum pasang lagi, tapi dah beli absober)harga buka RM40k…Urgent, sebab kena bayar 2 kereta..kereta lama buyer dah buat hal tak tukar nama.Memang urgent…
kalau berminat boleh hubungi saya di talian
0122127475

SESIAPA INGIN MENGIKLANKN BRG KERETA SERTA MENJUAL KERETA SILA KE LINK KERETA DAN KLIK PADA IKLAN BARANG KERETAPERCUMA

15 Feb

WIRING MICROTECH

sara_cordelia@yahoo.com

Kepada sesiapa yang berminat nak wiring microtech berharga RM2000.

SESIAPA INGIN MENGIKLANKN BRG KERETA SERTA MENJUAL KERETA SILA KE LINK KERETA DAN KLIK PADA IKLAN BARANG KERETAPERCUMA

06 Feb

convert bumper myvi se baru ori

Bumper dpn myvi se rm500

lampu dpn smoke rm475

bonet depan rm400

call katak 0123868574

SESIAPA INGIN MENGIKLANKN BRG KERETA SERTA MENJUAL KERETA SILA KE LINK KERETA DAN KLIK PADA IKLAN BARANG KERETAPERCUMA

05 Feb

gearbox manual perdana v6 untuk dijual

Saya ingin menjual gear box perdana V6 (Manual). Dibawah adalah maklumat mengenai gear box tersebut :-
1. Gear box (Manual) + klac plate (proud) 7 bln
2. Gear level
3. Pedal pum
Status : Masih tip top
Harga : RM 3500
Jika berminat sila hubungi saya dengan segera.Dibawah adalah cara untuk menghubungi saya.
Nama Pengirim : M.Salim
No Contact : 012-3670948
Location : Klang/Shah Alam.

SESIAPA INGIN MENGIKLANKN BRG KERETA SERTA MENJUAL KERETA SILA KE LINK KERETA DAN KLIK PADA IKLAN BARANG KERETAPERCUMA

05 Feb

absober adjustable nissan a31/a32

Saya ingin menjual Absober Adjustable belakang untuk kereta Nissan A31/A32. Dibawah adalah maklumat mengenai Absober tersebut :-
1. Sepasang Adjustble belakang ( Hot Bit )
Status : Masih tip top
Harga : RM 500
Jika berminat sila hubungi saya dengan segera.Dibawah adalah cara untuk menghubungi saya.
Nama Pengirim : M.Salim
No Contact : 012-3670948
Location : Klang/Shah Alam.

SESIAPA INGIN MENGIKLANKN BRG KERETA SERTA MENJUAL KERETA SILA KE LINK KERETA DAN KLIK PADA IKLAN BARANG KERETAPERCUMA

28 Jan

B Series Transmissions

Semua transmisi B series boleh ditukar.Casing YS1 boleh mengambil S80 internals atau hydraulic convertion kit boleh digunakan untuk operasi transmisi hydraulic didalam model operasi cable

J1/S1

  • Terdapat pada: Integra XSI/RSI (DA6)
  • Type: Cable
  • 1st: 3.230
  • 2nd: 2.105
  • 3rd: 1.458
  • 4th: 1.107
  • 5th: 0.848
  • R: 3.000
  • FD: 4.400

Y1

  • Terdapat pada: CRX/Civic (optional LSD)
  • Type: Cable
  • 1st: 3.166
  • 2nd: 2.052
  • 3rd: 1.416
  • 4th: 1.103
  • 5th: 0.870
  • R: 3.000
  • FD: 4.266

YS1

  • Terdapat pada: Integra 92-93 XSI/RSI (DA6, DA9)
  • Type: Cable
  • 1st: 3.307
  • 2nd: 2.105
  • 3rd: 1.458
  • 4th: 1.107
  • 5th: 0.880
  • R: 3.000
  • FD: 4.400

S80

  • Terdapat pada: Integra Type R 98+ (LSD)
  • Type: Hydraulic
  • 1st: 3.230
  • 2nd: 2.105
  • 3rd: 1.458
  • 4th: 1.034
  • 5th: 0.787
  • R: 3.000
  • FD: 4.785

S80/Y80

  • Terdapat pada: JDM SiR-G (optional LSD)
  • Type: Hydraulic
  • 1st: 3.230
  • 2nd: 1.900
  • 3rd: 1.360
  • 4th: 1.034
  • 5th: 0.787
  • R: 3.000
  • FD: 4.400

Y21/Y80/S80/S4C

  • Terdapat pada: JDM 96-97 Integra R (LSD) JDM Civic R [EK9] (LSD) JDM Civic SiR [EK4, EG6] (optional LSD)
  • Type: Hydraulic
  • 1st: 3.230
  • 2nd: 2.105
  • 3rd: 1.458
  • 4th: 1.107
  • 5th: 0.848
  • R: 3.000
  • FD: 4.400

SESIAPA INGIN MENGIKLANKN BRG KERETA SERTA MENJUAL KERETA SILA KE LINK KERETA DAN KLIK PADA IKLAN BARANG KERETAPERCUMA

17 Nov

Halfcut ITR B18c Type R item for sale

1. B18CR Intake Manifold complet RM1700
2. B18C type R head complet RM2800
3. B18c type R block RM 3500 with custom form
4. B18cR head cover RM300.
5. B18c type R gearbox RM 2300
6. OEM Extractor 4-1 B18cR RM800
7. Wiring/ecu b18c type R RM 1600

interested pls call 019 374 3764 (zam)
kalau nak angkat 1 kepala halfcut RM11500

SESIAPA INGIN MENGIKLANKN BRG KERETA SERTA MENJUAL KERETA SILA KE LINK KERETA DAN KLIK PADA IKLAN BARANG KERETAPERCUMA

Theme Provided By: Free Wordpress Themes - Davenport rentals

© 2010 Amirulcyber.com/kereta

Designed by CIRTEXHOSTING -- Made free by | CIRTEX CORP | FFMPEG HOSTING | HOSTV - VPS HOSTING |