Nissan Skyline GTR R34
Nisssan Skyline ini yang diperkenalkan oleh Nissan ini pada lewat tahun 1998 ini di Jepun nampak lebih kecil,lebih sporty,lebih ramping dan tetap hebat seperti sebelum-sebelum ini.Dengan menggunakn pacuan empat roda cukup hebat dengan gabungan teknologi tinggi serta penglibatan pemandu sememangnya menawan bagi sesiapa yang melihatnya.
Model GTR R34 ini tampak lebih agresif daripada sebelumnya dengan dimensi kecil memberikannya rupabentuk yang rendah,tambahan pada bahagian badan yang lebih aerodinamik meningkatkan lagi penampilannya serta menjadikannya sebagai sebuah super coupe.
Dibahagian belakangnya,pembias-pembias angin ini mempunyai efek yang besar keatas GTR ini pada kelajuan melebihi 80km/j.Pembias-pembias dibahagian belakang ini diperbuat daripada bahan gentian karbon dan disebabkan itu GTR ini lebih ringan.
Dengan enjin yang besar 2.6 liter enam silinder sebaris daripada modelGTR sebelum ini telah ditingkatkan untuk digunakan untuk model GTR yang terbaru ini.Prestasi off-boost telah ditingkatkan dengan penggunaan pengecas turbo seramik galas berkembar,manakala aci sesondol dan penalaan injapnya telah diubahsuai untuk memberi kelancaran pergerakan pada bahagian rpm rendah.
Di Jepun ,tahap atau angka maksima yang dibenarkan oleh industri motor jepun ialah 280bhp dan kereta GTR ini dapat mencecah sehingga 277bhp.Bagaimanapun mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Nissan,GTR ini mampu menghasilkan lebih daripada 277bhp iaitu angka yang tidak keterlaluan iaitu 290bhp.
GTR ini mampu mengejutkan sesiapa yang memandunya kerana ianya lebih pantas daripada GTR sebelum ini.Model ini mampu mencapai 0-96km/j dalam masa 5.0 saat dan 160km/j dalam masa 13.0 saat.Sunguh pantas bagi sesiapa yang hanya memandu kereta enjin biasa.
Bagi bahanapi yang digunakan tidaklah menggerunkan disebalik nama pada model ini.Enjin GTR ini hanya menggunakan bahanapi yang dicatat pada tahap 22.8 bsg.Ianya juga dibekalkan dengan kotak transmisi enam kelajuan dari jerman yang mempunyai pergerakan yang tegas tetapi lancar.Dengan menggunakan pembeza limited slip helicak dibelakang banyak membantu menyalurkan tenaga kepada GTR ini.
Model ini meneruskan kestabilan pengemudian model GTR lama dan cemerlang dalam meneruskan tradisi GTR ini.Malah setiap pergerakan disetiap jalan yang tidak rata dapat dirasai dan membuatkannya cukup sensitif.Dalam aspek ini GTR ini perlu penumpuan disebalik pesaingnya iaitu Mitsubishi Lancer Evo VI.
Dengan menggunakan Brek jenis brembo dalam aspek keselamatan melengkapkan lagi penghasilan bagi GTR ini.Dibahagian bumper hadapan mempunyai liang udara untuk pelepasan bahang panas pada cakera brak dan bertindak mengurangkan tekanan udara.Dibahagian dalam kabin nampak seperti biasa dan masih mengekalkan ciri sebelum ini yang tampak agak konservetif.
####KAMI DI AMIRULCYBER/KERETA MEMBUAT IKLAN JUAL BARANG KERETA SECARA PERCUMA DI AMIRULCYBER.COM/IKLANKERETA DISITE INI,SESIAPA YANG INGIN MENGIKLANKAN BARANG KERETA SERTA MENJUAL KERETA SILA KE LINK KERETA DAN KLIK PADA IKLAN BRG KERETA…PERCUMA…#####









salam syeikh..ruangan camni mmg bgs.. tp hrp dpt di tmbhkan lg dgn lbh detail. cth thn pgluaran kete tsebut n siri sblm2 n slpsnya
coz ana ni baru dpt P lesen
July 24th, 2008 at 9:22 pmTQ SBB MEMBERI TGURAN…SY AKN CUBE MMPERBAIKI APA YG KURANG..DIHARAP EN.MAN GMBRA
July 24th, 2008 at 9:34 pmbrape hrga skyline 2nd model GTR (blum modified) bgi 3 thn akn dtang???
October 16th, 2009 at 11:28 am